Pages

Tuesday, November 25, 2014

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum semua! Seronoknya saya. Ibu kata, ibu mahu mulakan semula projek blog ini. Selepas ini saya akan update aktiviti saya dalam blog ini. Wah! Teruja rasanya. Tunggu 1 Januari 2015 nanti ya. Tak sabarnya!

Tuesday, June 4, 2013

Kakak Demam

Kasihan kakak saya demam.  Ibu dari tadi letakkan kain basah pada dahi kakak. Ibu kata kakak panas. Tapi kakak sejuk. Kakak pakai selimut.

Saya pun demam juga. Tapi saya kuat macam Ultraman. Badan saya juga tidak panas seperti kakak.

Semoga kakak dan saya cepat sembuh. Doakan kami ya.

Friday, November 9, 2012

Menulis

Saya tak tau saya mahu jadi apa apabila besar nanti. Tapi sekarang saya suka menulis dan melukis.





Amacam, ada gaya tak?

posted from Bloggeroid

Thursday, November 1, 2012

Ultraman dan saya



Lamanya saya tidak menulis kan? Sekarang umur saya sudah setahun setengah. Macam-macam yang saya sudah belajar.

Gigi saya sudah 6 batang. Saya sangat suka makan, bermain selipar dan berlari. Oh ya, dan saya suka Ultraman.

Hari ini ayah belikan saya Ultraman. Kakak pun dapat juga. Seronoknya. Selepas itu saya menonton video Ultraman di telefon ayah. Seronok!




Ok. Nanti saya cerita lagi. Bye.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Isk, banyaknya sawang di blog saya ini. Maklumlah, saya sibuk belajar macam-macam selama sembilan bulan ini. Wah, sedar tidak sedar, saya sudah berusia hampir setahun. Apa yang saya belajar selama sembilan bulan ini? Saya sudah pandai guling-guling dan mengengsot.


Saya sudah pandai berdiri sebelum belajar duduk. Tidak percaya? Tengok ini.


Saya juga sudah pandai duduk, dan cuba menunggang basikal.



 Saya juga sudah pandai menonton video di iPad.


 Saya juga sudah mula pandai bercerita. Itu sebablah baru sekarang saya update blog saya. Hehehehe....



Baiklah. Selesai dahulu cerita saya. Nanti saya sambung lagi. Selamat malam semua.



Sunday, July 3, 2011

Salam Perkenalan II

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Pastinya kakak saya sudah mengenalkan saya kepada semua kan? Tidak mengapa. Saya akan perkenalkan diri saya sekali lagi.

Nama saya Muhammad Zaim bin Mohd Zaidi. Saya lahir pada 24 April 2011. Saya anak kepada En. Mohd Zaidi Ismail dan Puan Mazniza Mohd Nor. Saya ada seorang kakak bernama Mardhiah. Beliau seorang yang peramah dan periang. Beliau sayangkan saya. Beliau sangat suka melayan saya ketika ibu sibuk membuat kerja.

Ini gambar saya semasa baru sahaja dilahirkan.


Amacam, comel tak saya? Hehehe...perasan kan saya ni? Oklah, setakat ini dahulu ye. Nanti saya sambung cerita lagi. Bye.

Friday, June 24, 2011

Sesi Pengenalan

Assalamualaikum,

Selamat berkenalan!
 

Copyright © Little Caliph. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert